Kesihatan seksual adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat. Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan. Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi ereksi atau dikenali sebagai mati pucuk.
Disfungsi ereksi adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks.
Disfungsi ereksi turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani. Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi ereksi adalah biasa apabila umur meningkat. Pada halnya,
punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan
ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat
turut mengganggu fungsi ereksi.
Masalah
kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi
selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah
syahwat.
Namun
begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah
ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang
menjadi punca sebenarnya
.
Penumpuan
pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan
emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah
dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh
menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi ereksi.
Selain itu,
gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang
berlebihan, pil ‘rekreasi’ dan diet yang tinggi kandungan kolesterol
turut mempengaruhi kualiti seks.
Dengan
jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau
psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah
penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.
Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks.
Sejak dahulu
lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga
batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.
Kini,
keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan
seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan