Social Icons

Rabu, 21 Ogos 2013

Cara Mengatasi Pancutan Awal


Cara Mengatasi Pancutan Awal Lelaki dengan Seks Terapi? Kenapa tidak ..., Pertama-tama memang disyorkan untuk lakukan sex therapy. Jika sex therapy tidak berhasil, maka lakukan cara yang kedua iaitu menggunakan ubat. Ubat untuk mengatasi pancutan awal adalah ubat yang berkhasiat mengawal ejakulasi. Ada beberapa jenis ubat yang boleh mengawal untuk mengatasi ejakulasi.

  
Ada ubat untuk mengawal ejakulasi. Kalau ejakulasi awal disebabkan oleh gangguan ereksi, maka dengan memperbaiki fungsi ereksi, ejakulasi boleh diperlambat. Jadi ubat disfungsi ereksi bermanfaat kalau ejakulasi awal disebabkan oleh gangguan ereksi.

Cara rawatan lain ialah dengan cara operasi terhadap saraf yang mengawal terjadinya peristiwa ejakulasi. Tetapi cara ketiga walaupun pernah dilakukan di negara-negara tertentu, sampai kini ternyata tidak popular dan tidak banyak digunakan. Mungkin kerana banyak laki-laki tidak sanggup melihat keperkasaan nya terkena pisau bedah.

Terapi Seks

Sex therapy, yang dilakukan untuk mengawal ejakulasi dilakukan dengan bantuan isteri. Pada dasarnya cara ini dilakukan melalui beberapa langkah.

1. Isteri melakukan onani terhadap suami yang menderita ejakulasi awal dengan kedudukan suami berbaring terlentang, sampai suami merasa ingin orgasme dan ejakulasi.

2. Pada saat suami merasa ingin orgasme dan ejakulasi, isteri melakukan penekanan pada zakar dengan menggunakan ibu jari, telunjuk dan jari tengah, selama beberapa saat untuk menghalang terjadinya ejakulasi.

3. Isteri melakukan masturbasi terhadap suami sampai terjadi ereksi yang cukup, lalu segera memasukkannya ke dalam faraj dalam kedudukan isteri di atas tanpa melakukan gerakan. Bila suami merasa akan ejakulasi, isteri segera mengangkat tubuhnya dan melakukan penekanan pada zakar seperti pada langkah kedua. Selanjutnya rangsangan dengan masturbasi diulang lagi, dan dilanjutkan dengan hubungan seksual seperti di atas.

4. Dilakukan setelah beberapa hari melakukan latihan di atas. Pada langkah ini, suami diizinkan melakukan tekanan untuk mempertahankan ereksinya selama melakukan hubungan seksual dengan kedudukan isteri di atas.

5. Dilakukan bila suami sudah lebih mampu mengawal ejakulasi. Pada langkah ini pasangan boleh melakukan hubungan seksual dengan kedudukan samping. Kalau dengan kedudukan ini suami mampu menahan ejakulasi, maka hubungan seksual boleh dilakukan dalam kedudukan suami di atas.

6. Latihan tersebut diharapkan tetap dilakukan selama 6-12 bulan selepas itu, dan bila-bila saja diperlukan. Tetapi cara ini tidak selalu mudah dilakukan kerana beberapa sebab. Pertama, ketertutupan pihak lelaki terhadap isterinya. Kedua, tiadanya komunikasi dan kerjasama suami isteri dalam masalah seksual. Ketiga, perasaan enggan atau malas untuk melakukan latihan kerana perlu membuang masa dan dianggap tidak praktikal.

Selamat berlatih ... dan yang paling penting dalam mengatasi pancutan awal adalah dari fikiran kita. Salam.
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...