Seperti isteri, suami juga mempunyai keinginan seks mereka yang tersendiri ketika berada di ranjang. Sebagai isteri, anda perlu tahu kehendak seks
suami, barulah hubungan seks anda berdua akan jadi lebih nikmat.
Berikut adalah tiga perkara yang seorang suami mahukan dari isteri
mereka:
1: Mereka mahu isteri mereka berseronok.
Ketika melakukan hubungan seks, suami mahukan isteri mereka
berseronok dengan tindakan mereka. Mareka mahu isteri puas dan mahu
kepuasan itu bukanlah palsu. Jadi, ketika melakukan hubungan seks, anda
perlu puaskan diri anda. Bimbing suami anda untuk puaskan diri anda
kerana hanya anda yang tahu perkara yang boleh memuaskan diri anda.
2: Mereka mahukan isteri mereka beri kerjasama.
Suami akan rasa bosan jika isteri mereka hanya diam sahaja tanpa beri
respons yang sepatutnya ketika melakukan hubungan seks. Anda perlu beri
kerjasama ketika bersama dengan suami anda. Berikan apa yang dia mahu
dan berkerjasama untuk menghasilkan hubungan seks yang bagus.
3: Mereka mahukan isteri mereka berikan suasana orgasm yang menarik.
Walaupun setiap suami sentiasa datang orgasm ketika melakukan
hubungan seks, sensasi yang terhasil darinya adalah berbeza mengikut
keadaan. Mereka mahukan nikmat orgasm yang terhasil adalah sangat hebat
dan memuaskan. Untuk terjadinya peristiwa ini, anda perlu berikan
rangsangan yang sangat hebat kepada suami anda. Apabila dia menerima
rangsangan yang hebat, barulah orgasm yang dia alami juga hebat.
Apabila anda dapat memenuhi ketiga-tiga kehendak seks suami dia atas, nescaya suami anda akan lebih sayang dan menghargai anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan